Monday, January 18, 2010

Cinta Balqis Episod Last (44)



Finally, this drama end with nice ending.. I can say that I love the ending of this story.. They are so creative and let the audience to guess a lot of ending. Me myself, I guess that Balqis will go back to Ezany and build a new life with her husband and son, while Hassan is died to save Balqis from being murdered by that man. I also guess that Mak Chah will be jailed for a lot of sins that she have done. And Marisa will suffer throughout her life for being divorced by Ezany.. But..haha... That's why I like the ending of the story..

Let's flash back the synopsis of the last episode of Cinta Balqis..

In the early minutes of this episode, Ezany a.k.a Emran send Marissa to the hotel and left her there. He has choose Balqis as his wife.
.
Balqis and Ezany discussed to build a new family. But Balqis is against Ezany's opinion for she think that their love will cause more trouble in the future, hurt Marrisa, and Hassan, and Mak Biah..including Ezany's parents objection..
.
Marrisa return home and tell her parents in law that Emran is gone, only Ezany exist.. No more Emran..She is so sad and collapsed. Mak Chah admit that Marissa is her daughter, not nephew. She admit to his husband, Baharom, that Mukhriz and Marissa are her children.. And she admit that she hate Baharom and married him only for his property.
.
Balqis and Ezany with Erfan, get ready to move out of Balqis's house. Suddenly, Ezany's father come to seek forgiveness from Ezany's family. He also surprised and happy that he have a grandson, Erfan..
.
In that moment, they do not realized that the presence of Ray, who gonna kill all of them with the instruction of Mak Chah. Lucky for them, Hassan is there. Hassan sacrificed himself to rescue the others. In that moment, I though that Hassan will die..Poor Hassan.. Hassan, I Like U!! :P Actually, Hassan go there to confess his love to Balqis..
.
The surprise part is when Hassan actually didn't die. He is hospitalized. At the ward, Balqis confess her love to Hassan. And Ezany let Hassan to take care of Balqis and his son.
.
The creative happy ending here are, Hassan get his love, Balqis, and Marissa also get his husband back, Emran. Mak Chah is arrested for involvement in a conspiracy to kill Ezany's family.
.
That is the real unexpected happy ending..i like it..thanks for the crew and the actors plus actress.. But, at final wedding, why Balqis sad in tears?? whyx3?? never mind..we can't blame her..may be she is still in sad mode for all of the crying scenes before..

After 6 years, Ezany and Balqis love may be fade out by time..I agree with this drama.. Sometime, what we need is really close with us, and we do not realize the presence of that thing... Hassan, I like U!! Hehe..

Tuesday, January 12, 2010

Sinopsis Drama Nur Kasih




Seperti ramai yang dah sedia maklum, drama Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 setiap hari Jumaat pukul 9 malam mencatatkan jumlah pengunjung yang tertinggi melebihi 20 juta.. Walaupun sinopsis cerita ini telah disebarkan melalui beberapa platform media seperti Facebook, Blogspot dan banyak lagi, ianya tidak dapat mengurangkan populariti drama ini dalam masyarakat Malaysia. Kenapa? Pernahkah terfikir pada kalian penggiat seni tanah air kenapa drama ini mendapat sambutan hangat dalam masyarakat kita hari ini yang agak mengejar kemodenan?

Secara rambangnya, drama nur kasih bermula dengan pengorbanan seorang abang yang terpaksa menguburkan niat untuk mengahwini seorang gadis ayu yang diminati demi kebahagian adik nya dan demi permintaan seorang ayah.

Drama ini juga mengisahkan bagaimana pengorbanan seorang wanita yang nasibnya ditentukan oleh permintaan keluarga, dikahwinkan pada usia yang agak muda dengan lelaki yang tidak dicintai, mengalami masalah rumah tangga yang agak teruk kerana suami yang tidak bertanggungjawab dan terpaksa melalui liku-liku hidup bersendirian, digantung tak bertali pada suatu tempoh masa yang agak lama sebelum mendapat kembali nikmat cinta dari seorang suami tersayang..

Lagi, drama ini juga menimbulkan watak seorang adik yang tagihkan cinta lelaki selayak abang ipar kakak, dendam, hasad dengki, menghasut, demi untuk kepentingan sendiri dan kebahagiaan sendiri sehingga sanggup mengorbankan kebahagiaan ramai orang..

Selain itu, mereka juga menitikberatkan slot2 penyesalan seorang lelaki terhadap kesilapannya yang asalnya bertuhankan keegoan dan nafsu semata-mata, menyebabkan penderitaan teruk pada dua hati yang tidak bersalah..

Daripada pemendekan cerita ini, sebenarnya drama ini tak lebih dari perjalanan cerita-cerita lain yang biasa ditayangkan di televisyen..penuh dengan konflik kekeluargaan yang berakhir dengan kebahagian semua pihak..

Tapi, kenapa dan bagaimana ia boleh menarik perhatian ramai orang untuk terus menonton dan menanti episod-episod yang seterusnya hingga ke akhir. Boleh kata, rata-rata mereka memang telah dapat mengagak kesudahan drama ini. Tapi, masih jugak ingin terus menonton drama berepisod ini..

Mungkinkah kerana pemandangan latar cerita ini yang menarik?
Mungkinkah juga kerana lagu tema yang sedap di dengar oleh gegendang telinga?
Atau mungkin juga kah kerana barisan pelakon yang cantik-cantik dan kacak?
Dan mungkin juga mereka tertarik dengan kehebatan lakonan pelakon2 baru seperti Tiz Zaqiah, Ummi Nazirah dan ramai lagi yang berjaya membawa watak dengan baik dan sempurna?

Semua kemungkinan di atas adalah penyumbang yang agak besar dalam menjayakan drama Nur Kasih ini. Tahniah kepada Tiz yang berupaya membawa watak dengan penuh berkesan, neutral, nampak sangat semula jadi tanpa sebarang kesilapan. Tahniah juga kepada Ummi yang mampu membawa watak jahat dengan berkesan, lakonan Ummi betul2 berkesan sehingga mampu membuatkan penonton rasa sakit hati. Nasib la Ummi pelakon pada zaman sekarang. Kalau zaman 1940-an, pelakon yang membawa watak jahat sampai kene ludah di khalayak ramai.. kesian kan.. Tapi tu membuktikan bakat lakonan mereka yang sebenar.. Bukan senang nak bawakan watak negatif seperti itu..

Pada pendapat saya sendiri, kita sebenarnya dahagakan konsep yang dibawa oleh drama ini. Konsep yang saya maksudkan di sini ialah bagaimana mereka menerapkan unsur-unsur agama Islam yang sangat suci, tulus, dengan selitan bacaan ayat-ayat al-Quran, dengan lagu tema nya berunsurkan Islam, ini merupakan tiket besar bagi drama Nur Kasih di hati rakyat.. Betul...sudah lama industri dan penggiat seni kita ketandusan nilai suci dan murni Islam dalam penghasilan karya mereka. Impak drama Nur Kasih yang sangat besar ini membuktikan bahawa betapa rakyat Malaysia yang sebenarnya terlalu dahagakan drama yang suci dan tulus seperti Nur Kasih..

Kalau kita perhatikan kebanyakan cerita-cerita sekarang terlalu moden.. Sudah hilang ciri-ciri kemelayuan, agama entah ke mana.. Kalau nak masukkan agama, mereka hasilkan cerita hantu, tahyul, saka, seram, yang mengarut-ngarut tu, pastu baru la nak selitkan Islam.. Hanya dengan bacaan ayat al-quran je mampu menewaskan hantu jembalang semua ni.. Ini menampakkan seperti agama ini hanya alat untuk perubatan je.. Walhal Islam lebih dari tu.. Islam merupakan pakej lengkap kehidupan manusia sejagat..

Pastu pula, dari segi pemakaian, pelakon-pelakon wanita dah mula mengenakan pakaian yang tak cukup kain..dedah sana sini..tak sah kalau tak nampak benjol2.. nak tutup kepala apatah lagi.. yang pelakon lelaki plak, segak bergaya, semua tutup..sikit pun tak nak tunjuk.. tapi, yang wanita nya, semua diorang nak tunjuk..kalau boleh tak payah pakai baju kan.. Macam ni ke cara nak didik anak bangsa? Duk laung-laung remaja rosak, remaja dah tak ada moral semua, tapi, media, platform penting untuk mendidik menggunakan cara yang lebih mendorong kepada keruntuhan moral remaja..

Dulu, kalau tengok cerita barat, media akan potong juga part-part yang tak sepatut nya, yang berunsur seks dan lucah, tapi sekarang, selamba je dalam siaran televisyen kita memaparkan adegan cium, peluk, raba, dalam bilik, tak de dah nak potong-potong, kalau boleh nak tunjuk semua..Tv..tapi, cium di khalayak ramai, tak boleh..dalam tv, yang lagi ramai penonton nya, adegan tu dah biasa ditonjolkan.. Bukan ingin menyalahkan undang-undang yang menghalang perbuatan tersebut di khalayak ramai, tapi, pihak media sendiri, perlu terlebih dahulu sedar tentang hal ini...

Lagi, suka sangat memaparkan cerita rogol-rogol, perkosa, konon kene paksa jadi pelacur la..ada sorang artis ni, cerita dia yang pernah sy tengok aritu, pasal rogol2, jadi pelacur, sekarang ni pun, camtu jugak..media suka sangat paparkan aksi-aksi rogol sekarang.. selalu sangat la ada.. pastu duk hairan kenapa la ada kes rogol sana sini..budak pun kene..sikit lagi, dalam tv, ada pulak aksi rogol budak.. Sedikit sebanyak, ini akan mempengaruhi jiwa masyarakat untuk berjinak-jinak dengan fenomena tidak sihat ni.. Boleh menyebabkan masyarakat merasakan bahawa kejadian-kejadian sebegini, normal..tak salah pun.. "ala..biasa la tu..kene rogol je kan..?"

Mungkin, camni la alasan nye kan untuk membolehkan aksi-aksi lucah ni dipaparkan di televisyen?

"Ala..xpe, dorang kan orang putih..orang putih tak pe buat macam tu sebab dorang bukan Islam"

Kita perlu sedar, sebagai orang melayu, kita memang suka meniru, suka mencontohi barat, yang baik kita nak contohi, yang buruk, terlebih-lebih kita contohi.. Lagi pun, aksi-aksi sebegitu memang sangat suka dipertontonkan untuk meruntuhkan moral orang Islam..kenapa, kita dalam negara Islam, pun nak pertontonkan juga cerita-cerita begini? kalau nak tayangkan cerita aksi pun, part-part lucah tu kan boleh potong.. cukup la sekadar yang pandai mencari je cari cerita yang tidak bermoral tu, jangan la pula kita nak paparkan kepada mereka-mereka yang tak tau macam mana nak mencari..


Kita boleh lihat kan, dalam drama Nur Kasih, pelakon-pelakon memakai baju yang sopan, menutup aurat, pakai baju kurung, berkopiah, jubah hitam, bertudung litup, sopan..pecah rekod tv, mendapat sambutan hangat para peminat drama..mereka, walaupun sebenarnya tidak begitu di alam realiti, masih mampu menarik minat ramai, malah lebih baik dari drama-drama lain yang pernah diterbitkan sebelum ni..

Sebenarnya, masyarakat kita hari ini lebih dahagakan cerita yang membawa unsur-unsur tulus dan suci seperti ini, Islam yang tulen diaplikasikan dalam segenap aspek lakonan, ciri-ciri bersih masyarakat Melayu yang bebaju kurung, bertudung, dengan baju melayu dan kain sarung, dan berkopiah.. suci, murni je cerita dia dengan konsep tradisional kontemporari..

Dengan cara ni, kita boleh memartabatkan agama, dan bangsa kita..Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain sepertimana konsep satu Malaysia yang dilaung-laungkan perdana menteri,..
Apa kata, kita mula menghasilkan cerita-cerita yang memaparkan kehidupan Melayu, Cina, India, Iban dll yang tulen, dengan memartabatkan nilai-nilai budaya yang tulus masyarakat.. Selain boleh mula membaiki keruntuhan moral dikalangan masyarakat kini, kita juga boleh memberi pengetahuan kepada setiap ahli masyarakat dengan keunikan budaya yang wujud dalam Malaysia, bukan hanya memaparkan dokumentari semata-mata, tapi dihasilkan dalam bentuk cerita yang menarik seperti Nur Kasih..

~ Tamat ~

Any comment? :)